Wednesday, 20 January 2016

Bersalin Anak Pertama


Lama tak berblogging. Saja aku meneruskan blogging ni sebab nak share banyak cerita untuk pembaca2 yang mungkin mencari idea atau penyelesaian kepada masalah2 yang bakal dihadapi. Cerita aku untuk kali ini adalah pengalaman aku bersalin anak pertama yang tidak mungkin akan aku lupakan. Andai aku lupa, blog ini lah cara nya untuk aku mengimbas kembali pengalaman2 yang aku lalui dalam kehidupan ku.

Pagi 17 April 2015, kandungan ku sudah berusia 35 minggu ketika itu…tiba2 rasa sakit di pinggang ku seperti sakit ketika senggugut. Aku bagitau kat mak dan mak cakap “kau nak bersalin tu kot. Cuba kau call suami kau bawak pergi hospital”. Aku tak call tapi aku sms husband aku dan bagitau pinggang aku sakit. Dia kata tak pe…tunggu dulu…sebab sehari sebelum nya aku tumpah darah sikit dan bila pergi hospital cek doctor kata belum lagi masa nya. Sakit wooo bila diseluk berkali2 untuk cek pembukaan rahim.

Petang pukul 4 lebih 17 April 2015…niat nak mandi petang kemudian solat asar. Lepas kencing tiba2 aku rasa air panas keluar mencurah2. Aku tengok ada darah. Sah! Memang air ketuban aku pecah! Aku pun jerit panggil mak aku. “makkkk…makkk…air ketuban aku pecah”..hati aku mula2 berdebar…perasaan takut menguasai diri. Sebelum ni aku banyak dengar cerita daripada kawan2 beranak tu sakit…masa kontraksi tu lebih sakit daripada senggugut..aku takut…takut sampai terjerit2 dalam bilik air…mak aku marah aku…suruh aku bertenang, tukar baju dan tunggu suami aku datang. Sebelum tu aku dengar adik aku dan ayah kelam kabut cari no fon husband aku dan call husband aku suruh balik.

Oleh sebab husband aku kerja agak jauh dari rumah, husband aku call abang ipar aku yang kerja dekat dengan rumah aku. Ayah aku call kakak aku jugak. Yang sampai dulu abang ipar aku..kebetulan masa nak pergi hospital kakak aku pulak sampai. Kitaorang pun pergi je lah naik kereta abang ipar aku. Yang teman aku masa tu ayah aku. Nasib baik ayah ada di sisi..the man that I love the most..cewah..

Sampai di hospital…abang ipar aku beria mintak kerusi roda..padahal boleh je aku berjalan. Kikiki. Tapi air ketuban aku memang tak berhenti2 mengalir. Sampaikan kat mana2 aku singgah dalam hospital tu ada je tinggal air ketuban aku. Kesian kat cleaner kena lap air tu..huhuhu..sampai hospital, pergi kaunter daftar. Then tunggu untuk cek pembukaan rahim. Agak lama nak tunggu sebab masa tu ramai orang. Masa cek pembukaan rahim ni lah aku agak bengang dengan doktor2 kat situ. Mula2 doktor pelatih lelaki yang cek. Husband aku cakap dia redha kan aje. Aku pun ok lah.. xpelah..ye, memang boleh request tapi aku tak seberani itu. Aku pun pasrah je lah doctor lelaki yang cek. Mula2 doktor lelaki tu cek. Aku tak ingat masa tu dia cakap berapa cm. Lepas tu doctor yang dah lama kerja pulak cek. Doctor tu cakap lain, tak sama besar bukaan. 3 cm ke berapa masa tu..tak ingat. Lepas tu boleh pulak doctor perempuan tu suruh doctor tu cek sekali lagi. Diaorang ingat aku ni bahan ujikaji ke apa. Masa tu diaorang speaking in English lah cakap pasal mcm mana cara nak cek betul2…kau tau lah dengan gaya2 nya.. aku dalam hati biar betul diaorang ni..berapa kali nak cek..ingat x sakit ke…sakit kot kena seluk2 macam tu. Aku sound je direct “stop please. U know I’m in pain right now?” belasah je English aku. Aku dengar orang cakap aku faham lah. Nak cakap balik memang kelaut dalam grammar English aku..Hahahaha.

So, lepas cek kat situ pergi lagi bilik lain nak scan. Sebelum scan tu pun kena seluk lagi. Haiii…sabar je la…sengsara makkkk…lepas tu aku ditolak guna kerusi roda ke labour room. Then nurse suruh aku tukar pakaian hospital. Masa baring kat katil aku rasa macam lapar giler. Bila teringat last aku makan pkul 11.30 pagi. Masa tu aku tak ingat pukul berapa tapi dah malam lah. N then, aku kena gastrik. Pedih hulu hati..adoi…risau giler aku masa tu sebab takut tak dapat bernafas dengan baik. So aku Tanya nurse boleh makan ke tak. Dia kata tak boleh takut terberak masa nak meneran. Aku pun cakap lah aku gastrik pedih hulu hati. Lama jugaklah baru doctor sampai dan inject ubat gastrik. 

Pukul 8.30 malam aku dah start rasa sakit kontraksi tu. Bagi ibu yang baru nak bersalin anak pertama, memang tak tipu. Sakit kontraksi tu sangat sangat sangat lah sakit. Aku tengok jam mula2 setiap 2 minit sakit…kemudian setiap 5 minit sakit. Sakit dia macam ni…contoh lah…5 minit sakit…lepas tu hilang…dalam masa 5 minit datang balik sakit tu. Masa tu aku minta banyak kali kat nurse suruh panggilkan husband aku. Aku nak sangat husband aku di sisi aku masa aku beranak. Nurse bagi kebenaran dengan syarat husband aku tak boleh keluar masuk. Bila husband aku dah masuk, barulah rasa lega sikit. Tapi tetap sakit…husband aku dah sediakan bol kecik untuk aku genggam untuk tahan sakit tu. Tapi rasa tak membantu jugak. Sampaikan tangan nurse aku genggam. Nurse tu cakap “puan tolong lepas tangan saya puan. Sakit puan”..hahahaha..

Aku ni jenis yang tak tahan sakit. Tapi memang sakit giler lah. Aku berzikir, sebut ya Allah, ya Allah, Allahuakbar, Laillahaillallah….maaf cakap memang aku terjerit2 dalam labour room tu sampaikan nurse2 kat situ marah kat aku. Aku ingat lagi sorang nurse tu cakap “dari luar lagi aku dengar ko terjerit2. Tahan je lah sakit tu”. Dah memang sakit dan aku tak boleh nak tahan. Aku tak de lah jerit macam orang gila…macam biasa “aduhhh sakittt”.. aku rasa x de lah kuat mana pun. Husband aku kat sebelah pun asyik cakap sabar b, sabar..bawak mengucap. Dan tiba lah masa untuk meneran. Aku tak ingat masa tu pukul berapa. Dah tak dan nak tengok jam. Rasa nak meneran tu rasa menggigil suruh badan. Tak reti nak explain rasa tu macam mana. Masa nak teran tu ramai nurse yang datang. Semua muka garang2. Ada yang betulkan kedudukan kaki aku..ada yang ajar aku cara bernafas. Tapi cara diaorang semua kasar2 sangat masa tu. Dalam 10 – 15 minit meneran baby tak keluar2. Aku pun dah penat. Hilang dah rasa meneran. Lepas tu nurse2 tu keluar dari labour room tinggal sorang nurse yang setia di sisi aku dari mula aku sampai kat labour room tu. Ada sorang doctor pelatih yang tinggal jugak. Tak lama lepas tu rasa nak meneran tu datang lagi. Aku bagitau nurse tu dia kata x pe boleh teran. Sebelum aku lupa masa sebelum nak meneran kali kedua husband bagi air selusuh dengan sebiji kurma. Masa nak teran kali ke dua nurse dengan doctor pelatih perform episiotomy (gunting miss V). lepas tu baru datang nurse yang lebih senior. Yang sorang ni ok sikit. Dia ajar aku pelan2 cara nak teran dengan betul.

Pukul 1.45 am lahirlah seorang mujahid di muka bumi ini. Bila nurse letak kat dada aku serta merta aku menangis. Perasaan yang bercampur baur. Akhirnya lahir juga zuriat yang dikandung 9 bulan. Lucu masa tu husband lap muka aku guna tudung. Tudung terpaksa aku buka sebab dah tak tentu arah masa meneran. Hodoh rasa nya muka aku masa tu. Dengn bau nafas yang busuk sampai nurse pun nak termuntah..hahaha. 

ok sambung balik. Lepas baby diambil balik oleh nurse, nurse yang lain bersiap sedia nak jahit miss V.aku masa tu memang dah tak de tenaga..mata dah pejam tapi masih dapat dengar perbualan nurse2 tu. Salah sorang nurse cakap “aduh..teruk koyak ni. Siapa yang gunting ni? Terpaksa pergi operation room ni”. Then sorang2 pergi tengok miss V aku. Then doctor cakap kena bawak aku ke operation room nak betulkan otot bontot aku koyak. Kalau korang nak tau, otot bontot aku koyak THIRD DEGREE! Antara kemungkinan penyebab nya ialah cara gunting tu salah. Bukan aku cakap tapi doctor tu cakap. 

Then aku ditolak ke operation room. Husband aku pun pergi sekali ke operation room. Masa tu aku ingat lagi ada 3 orang pakar bedah lelaki, 2 pakar bedah perempuan. Masa diaorang cucuk jarum kat tangan tu darah tak keluar. Pastu doctor tu minta izin nak cucuk lagi tempat yang lain. Memang penuh bekas cucuk jarum kat tangan aku lepas aku keluar hospital. Hemmm…dugaan beranak. Haaa masa kat operation room, kena bius kat belakang. Terpaksa doctor lelaki sorang ni peluk sebab aku tak mampu nak angkat dan tak mampu nak buka mata masa tu. Seolah2 macam dah lumpuh. Aku tak tau mana pergi doktor2 perempuan masa tu sampai biarkan doctor lelaki yang peluk aku. Dia bukan ambik kesempatan ye. Tapi sebab nak tahan aku untuk memudahkan doctor lain bius aku. Berjam2 jugak aku dalam bilik bedah dan seingat aku aku keluar dari bilik bedah dekat nak pukul 7 pagi 18 April 2015. Kesian husband aku yang tunggu kat luar. Masa keluar bilik bedah pun aku masih mamai, lemah gemalai tak mampu nak bukak mata luas2.



Part 2 nanti aku sambung lagi. Sebab sekarang masa untuk aku tidur…hehehe…