Wednesday, 3 February 2016

Aku Rindu....

Aku rindu....ermm..sebenarnya aku sangat sangat sangat merindui saat2 bercinta, saat2 mula berkahwin. Aku rindu dimanja dan disayang oleh insan bernama lelaki atau lebih tepat insan bernama suami. Mesti korang tertanya2 kenapa? suami aku x manja kan aku ke? suami aku x sayangkan aku ke? Aku pun tak tahu mana pergi manja dan sayang suami aku untuk aku. dah tak da peluk2, cium2..dan aku tak tahu kenapa, apa alasan dan sebab nya. kenapa tak tanya? aku takut...takut jawapan nya nanti menghampakan atau melukakan perasaan aku. jadi, aku pilih untuk diam...memendam.. sabra...dan kenapa kah setiap kali aku taip sabra dia bertukar jadi SABRA...sabra je lahhhh...mcm mana nak off auto correct ni pun aku x reti...dari nak cerita benda sedih jadi geram lak...
 
Ok2...sambung balik...ermm..aku rindu...mcm mana ye nak buat rumahtangga aku dipenuhi kasih cinta dan sayang...sebab aku sendiri x pandai nak mulakan selagi lelaki x mulakan dulu. tapi nak tunggu suami aku mulakan dulu sampai kiamat lah tak.. mungkin aku kena start sembahyang taubat ke, sembahyang tahajud ke supaya Allah memberkati rumah tangga aku dan kemudian melimpahkan nikmat kasih sayang yang tidak terhitung...

Mungkin ini balasan atas dosa2 aku yang lalu...ye..aku selalu berfikir bahawa segala ujian yang aku hadapi adalah balasan atas dosa2 aku...aku berdoa semoga dosa2 aku dihapuskan kerana kesabaran aku menempuh dugaan yang diberi oleh Nya..aku rindu ya Allah..dengarlah rintihan hati ku ini....sob sob sob... :'(

No comments:

Post a Comment